Monday, November 5, 2007

~~wanita..akal senipis rambutnya~~

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasasunyi tanpa wanita..Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki resah..Masih mencari walau ada segalanya..Apa yang tiada dalam Syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa..
Dijadikan wanita daripada tulang rusukyang bengkok untuk diluruskan lelaki..Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus..Mana mungkin kayu yang bengkok akanmenghasilkan bayang yang lurus..Luruskan wanita itu dengan jalan yangditunjukkan oleh Allah S.W.T.Didiklah mereka dengan panduan dariNya..
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta..Kerana nantinya mereka akan semakin liar..Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan..Kerana nanti mereka akan semakin derita..Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang kekal..Disitulah punca kekuatan dunia..
Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu..Hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman..Perasaan selembut sutera, hiasilah iadengan akhlak..Suburkan lah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan melihat nilaian danKeadilan Allah..Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan bererti satu kelemahan..Ia bukan diskriminasi Tuhan..Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Tuhan..
Wanita lupa yang hakikat kejadiannya..Pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan..Tanpa iman, ilmu dan akhlak..Mereka tidak akan lurus..Bahkan akan semakin membengkok..Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya..Bila wanita menjadi derhaka..Pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara..Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah kepimpinan..Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Illahi, pimpinlah dirimu kepadaNya..Jinak kanlah diri kepada Allah, nescayaakan jinaklah segala-galanya di bawahpimpinanmu.
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zaharah, Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwa jhah...

0 comments: